Rao Tek · Malaysia

Tentang Rao Tek.

Kami syarikat teknologi Malaysia yang membina website, automasi WhatsApp dan sistem operasi untuk bisnes tempatan.

Apa yang kami percaya

Kebanyakan bisnes tidak tersekat sebab kurang pelanggan. Mereka tersekat sebab operasi. Kerja manual bertambah, maklumat bertaburan, dan setiap masalah kecil diselesaikan dengan menambah orang atau menambah tool. Kami tak sekadar tambah tools — kami bina sistem di belakangnya.

Cara kami bekerja dengan pelanggan

  • Kami terangkan skop dan harga bertulis sebelum kerja bermula
  • Kami beritahu dengan jujur bila sesuatu tidak praktikal atau tidak berbaloi
  • Kami tidak jual benda yang bisnes anda belum perlukan
  • Kami kekal terlibat selepas pelancaran

Kedalaman teknikal, bahasa yang mudah

Kami boleh bina sistem operasi yang rumit — data, aliran kerja, sambungan antara sistem. Tetapi kami tidak akan bercakap dengan anda menggunakan bahasa itu. Bisnes anda perlukan penyelesaian, bukan kuliah teknologi.

Rao Tek

Kami syarikat teknologi Malaysia yang membina sistem digital di sebalik bisnes tempatan.

Beritahu kami apa yang sedang menyusahkan operasi anda.

Anda tak perlu tahu penyelesaiannya dahulu. Cukup beritahu apa yang berlaku setiap hari — kami akan bantu kenal pasti apa yang patut dibaiki dahulu.

Email
hello@raotek.com
Lokasi
Malaysia
Syarikat
Rao Tek Sdn Bhd
WhatsApp KamiRao Tek